Menguruskan Badan Dengan Cepat - 11 Kaedah Pemakanan Yang Efektif

0

Category:

Anda telah mencuba berbagai cara untuk menguruskan badan dengan cepat tapi masih tidak berjaya? Jangan berputus asa. Lakukan 11 kaedah pemakanan yang efektif ini dan anda pasti akan melihat hasil yang diharapkan.

Dengan melaksanakan 11 perkara penting ini, bukan sahaja anda akan berjaya menguruskan badan dengan cepat, malah anda akan dapat mengelakkan berat badan anda naik semula.

Dan yang paling menarik, apa yang bakal anda baca di bawah ini adalah sesuai untuk anda yang baru bermula untuk menguruskan badan atau bagi mereka yang ingin mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan yang sedang dilakukan.

1. Makan Lima atau Enam Hidangan Kecil Sehari
Kebanyakan orang beranggapan bahawa adalah lebih mudah menurunkan berat badan dengan mengurangkan makan, iaitu dengan makan hanya dua atau tiga hidangan yang besar tanpa makan apa-apa diantara waktunya. Walaupun anda mungkin dapat mengurangkan sedikit berat badan dengan cara ini, anda sebenarnya tidak melatih tubuh anda untuk membakar lemak secara efisyen. Pembakaran lemak secara efisyen merupakan kunci kepada kejayaan menurunkan berat badan dengan segera dan menghalang kegemukan semula.

Dengan pengambilan hidangan yang kecil dan berkhasiat setiap dua atau tiga jam, metabolisma tubuh anda akan menerima bekalan nutrisi yang secukupnya. Ini akan memastikan tubuh anda membakar lemak dengan efisyen secara konsisten sepanjang hari dan menyingkirkannya secara berkekalan.

2. Jangan Jadikan Rasa Lapar Sebagai Panduan
Rasa lapar sebenarnya adalah tanda tubuh anda kekurangan nutrisi penting yang perlu untuk mengekalkan kadar metabolisma yang tinggi bagi membakar lemak secara konsisten. Elakkan berlakunya susut nutrisi dengan mengambil makanan berkhasiat sebelum timbulnya rasa lapar.

3. Pastikan Bekalan Protein Yang Mencukupi
Berapakah kadar protein yang dikatakan cukup bagi seseorang? Apa yang tubuh anda perlukan adalah tidak sama dengan tubuh seorang atlit yang aktif. Cara terbaik untuk mengetahui kadar protein yang mencukupi, anda perlu memastikan terlebih dahulu bertapakah berat badan terbaik yang ingin anda capai.

Contohnya, jika 60 kg ialah sasaran anda, darab nombor berkenaan dengan 0.8 gram. Oleh itu, kadar protein yang terbaik untuk anda setiap hari adalah 48 gram. Maka, jika anda makan sebanyak lima kali sehari, pastikan setiap hidangan anda mengandungi 9 gram protein.

4. Pastikan Setiap Hidangan Anda Mengandungi Protein
Protein adalah nutrisi yang paling baik untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Ia juga membina otot, dan dengan lebih banyak otot yang anda miliki, lebih efisyen tubuh anda membakar lemak.

5. Ubah Kadar Pengambilan Protein
Gunakan kiraan kadar protein untuk tubuh anda di atas bagi menganggarkan pengambilannya untuk sebulan. Kemudian lakukan perubahan mengikut keadaan. Jika anda merasakan penurunan berat badan anda tidak berganjak, tingkatkan sedikit kadar pengambilan protein.

6. Pelbagaikan Bekalan Karbohidrat
Sistem pembakaran lemak tubuh anda akan lebih efisyen jika anda pelbagaikan bekalan karbohidrat anda. Kentang, beras perang, mee dan sayuran adalah sumber bekalan yang baik. Tetapi, elakkan pengambilan karbohidrat yang terlalu banyak.

7. Sesuaikan Kadar Pengambilan Karbohidrat
Lazimnya, apabila anda telah mengenalpasti kadar pengambilan karbohidrat harian yang sesuai untuk tubuh anda, anda akan mengambilnya pada kadar yang sama setiap kali anda makan. Tetapi lama kelamaan tubuh anda akan mencapai tahap homeostasis, iaitu tubuh anda akan terbiasa dengan kadar ini menyebabkan keberkesanannya membekalkan tenaga semakin berkurangan. Untuk terus membakar lemak secara aktif, anda perlu mengubah kadar pengambilan karbohidrat harian anda kepada kadar yang bersesuaian dengan keadaan.

8. Tukar Kadar Pengambilan Karbohidrat Secara Mengejut
Satu cara lagi untuk mengaktifkan sistem pembakaran lemak tubuh anda ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat kepada 125 gram selama 2 hari setiap dua atau tiga minggu sekali. Ini akan membuatkan tubuh anda keluar dari rentak homeostatik yang dialaminya. Dan proses ini akan meningkatkan lagi proses metabolisma tubuh anda.

9. Minum air kosong dengan banyak
Air memainkan peranan penting dalam proses pencernaan protein dan karbohidrat. Ia juga melancarkan proses penyingkiran lemak yang dipanggil hydrolisis. Jangan tunggu sehingga anda merasa dahaga. Dahaga adalah tanda awal kepada kekeringan dalaman, dan juga tanda bahawa anda sudah terlambat.

10. Mulakan Hari Anda Dengan Betul
Hidangan pertama harian anda perlu mengandungi kandungan karbohidrat yang tertinggi di dalam sukatan kadar pengambilan karbohidrat harian anda. Bekalan glikogen tubuh anda adalah kurang semasa anda bangun daripada tidur. Mengambil bekalan karbohidrat yang secukupnya seawal mungkin adalah penting untuk mental dan fizikal anda berfungsi dengan baik. Ia juga akan meningkatkan kadar pembakaran lemak semulajadi tubuh anda.

11. Akhiri Hari Anda Dengan Hidangan Ringan
Sebaiknya, lebihkan protein dalam hidangan terakhir harian anda berbanding karbohidrat yang lambat untuk dicernakan. Biasakan makan ikan sebagai makanan akhir kerana ia baik untuk membekalkan asid amino buat tubuh anda.

Jika anda tercari-cari makanan kesihatan alternatif yang boleh memberikan hasil yang berkesan dari segi sistem pemakanan yang betul, Jus Mate 5 merupakan satu cadangan yang amat baik. Ia telah terbukti amat berkesan membantu ramai menguruskan badan dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membacanya di sini.

5 Strategi Untuk Menguruskan Badan Dengan Cepat

0

Category:

Jika selama ini anda masih gagal dalam usaha anda untuk menguruskan badan dengan cepat, cuba 5 strategi ini untuk mula melihat hasil yang anda impikan.


1- Makan dengan "betul"
Makan dengan "betul" bermakna elakkan diet yang terlalu menghitung kalori dan terlalu menyekat pemakanan anda. Sebaliknya, amalkan diet yang seimbang dari segi nutrisi yang dapat memenuhi keperluan tanaga harian dan matlamat anda untuk menurunkan berat badan.

Di bawah ini adalah beberapa panduan asas yang boleh anda mulakan:

  • Makan dengan lebih kerap tetapi dalam hidangan yang kecil, 3-4 jam sekali
  • Makan protein dan serat karbohidrat dalam setiap hidangan
  • Elakkan pengambilan gula berlebihan
  • Elakkan mengambil makanan yang berasaskan tepung seperti roti, mee, biskut, kek dan sebagainya.
  • Ambil makanan yang mengandungi pelbagai vitamin secara konsisten
  • Makan 3-6 gram minyak ikan setiap hari
  • Lebihkan minum teh hijau
  • Lebihkan minum air kosong

Sekiranya anda dapati sukar untuk menyediakan hidangan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, apa kata anda cuba Jus Mate 5 sebagai alternatif. Ramuan formulasinya mengandungi pelbagai nutrisi yang memenuhi keperluan tubuh disamping mampu membuatkan anda sentiasa berasa kenyang. Ini akan dapat mengelakkan anda daripada makan makanan yang tidak berkhasiat.

2- Lakukan senaman yang boleh membakar lemak dengan efektif
Senaman yang efektif membakar lemak ialah senaman yang melibatkan otot-otot besar di dalam tubuh. Untuk keterangan lengkap tentang senaman yang efektif ini, anda boleh membacanya di sini.

3- Utamakan pembinaan otot
Satu perkara penting yang perlu anda sedar ialah untuk menguruskan badan dengan cepat, anda perlu membina otot kerana otot yang aktif akan membakar lebih kalori sepanjang hari. Cara terbaik untuk membina otot ialah dengan melakukan senaman angkat berat atau senaman yang melibatkan banyak rintangan.

4- Tetapkan matlamat yang realistik
Ini akan membantu anda kekal bersemangat dalam usaha mencapai kejayaan yang anda inginkan. Tanpanya, anda akan mudah mengalah sebelum mencapai matlamat. Anda perlu menetapkan tempoh masa yang tertentu untuk mencapai "target" yang tertentu, contohnya menurunkan 2 kg pada minggu pertama dan 2 kg lagi di minggu kedua. Dengan itu, mudah untuk anda memantau perkembangan dan hasil yang diinginkan secara konsisten.

5- Dapatkan bantuan yang bersesuaian
Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai satu persamaan; mereka memilih untuk mendapatkan bantuan. Bantuan ini mungkin seorang jurulatih peribadi yang dapat menyediakan rutin latihan yang berkesan atau bahan makanan kesihatan alternatif yang dapat membantu usaha menguruskan badan dengan cepat melalui sistem pemakanan yang betul.

Jika anda tercari-cari makanan kesihatan alternatif yang boleh memberikan hasil yang berkesan dari segi sistem pemakanan yang betul, Jus Mate 5 merupakan satu cadangan yang amat baik. Ia telah terbukti amat berkesan membantu ramai menguruskan badan dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membacanya di sini.