Jika selama ini anda masih gagal dalam usaha anda untuk menguruskan badan dengan cepat, cuba 5 strategi ini untuk mula melihat hasil yang anda impikan.
1- Makan dengan "betul"
Makan dengan "betul" bermakna elakkan diet yang terlalu menghitung kalori dan terlalu menyekat pemakanan anda. Sebaliknya, amalkan diet yang seimbang dari segi nutrisi yang dapat memenuhi keperluan tanaga harian dan matlamat anda untuk menurunkan berat badan.
Di bawah ini adalah beberapa panduan asas yang boleh anda mulakan:
- Makan dengan lebih kerap tetapi dalam hidangan yang kecil, 3-4 jam sekali
- Makan protein dan serat karbohidrat dalam setiap hidangan
- Elakkan pengambilan gula berlebihan
- Elakkan mengambil makanan yang berasaskan tepung seperti roti, mee, biskut, kek dan sebagainya.
- Ambil makanan yang mengandungi pelbagai vitamin secara konsisten
- Makan 3-6 gram minyak ikan setiap hari
- Lebihkan minum teh hijau
- Lebihkan minum air kosong
Sekiranya anda dapati sukar untuk menyediakan hidangan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, apa kata anda cuba Jus Mate 5 sebagai alternatif. Ramuan formulasinya mengandungi pelbagai nutrisi yang memenuhi keperluan tubuh disamping mampu membuatkan anda sentiasa berasa kenyang. Ini akan dapat mengelakkan anda daripada makan makanan yang tidak berkhasiat.
2- Lakukan senaman yang boleh membakar lemak dengan efektif
Senaman yang efektif membakar lemak ialah senaman yang melibatkan otot-otot besar di dalam tubuh. Untuk keterangan lengkap tentang senaman yang efektif ini, anda boleh membacanya di sini.
3- Utamakan pembinaan otot
Satu perkara penting yang perlu anda sedar ialah untuk menguruskan badan dengan cepat, anda perlu membina otot kerana otot yang aktif akan membakar lebih kalori sepanjang hari. Cara terbaik untuk membina otot ialah dengan melakukan senaman angkat berat atau senaman yang melibatkan banyak rintangan.
4- Tetapkan matlamat yang realistik
Ini akan membantu anda kekal bersemangat dalam usaha mencapai kejayaan yang anda inginkan. Tanpanya, anda akan mudah mengalah sebelum mencapai matlamat. Anda perlu menetapkan tempoh masa yang tertentu untuk mencapai "target" yang tertentu, contohnya menurunkan 2 kg pada minggu pertama dan 2 kg lagi di minggu kedua. Dengan itu, mudah untuk anda memantau perkembangan dan hasil yang diinginkan secara konsisten.
5- Dapatkan bantuan yang bersesuaian
Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai satu persamaan; mereka memilih untuk mendapatkan bantuan. Bantuan ini mungkin seorang jurulatih peribadi yang dapat menyediakan rutin latihan yang berkesan atau bahan makanan kesihatan alternatif yang dapat membantu usaha menguruskan badan dengan cepat melalui sistem pemakanan yang betul.
Jika anda tercari-cari makanan kesihatan alternatif yang boleh memberikan hasil yang berkesan dari segi sistem pemakanan yang betul, Jus Mate 5 merupakan satu cadangan yang amat baik. Ia telah terbukti amat berkesan membantu ramai menguruskan badan dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membacanya di sini.
Comments (0)
Post a Comment