Kenapa Sering Gagal Untuk Menurunkan Berat Badan

Category:


Ramai yang beranggapan bahawa kegiatan fizikal yang aktif amat penting untuk berjaya menurunkan berat badan. Walaupun kenyataan ini adalah benar, namun ada yang LEBIH PENTING daripada itu. Dan ianya adalah…

PANTAU APA YANG KITA MAKAN!

Ya! Proses menurunkan berat badan adalah proses yang berlaku secara semulajadi di dalam tubuh kita. Proses ini dikenali sebagai metabolisma tubuh. Metabolisma tubuh merupakan proses yang membakar lebihan lemak didalam tubuh kita. Apa yang kita makan secara konsisten memainkan peranan yang amat penting untuk mengaktifkan metabolisma tubuh kita secara semulajadi.

Sekiranya kita tidak makan makanan yang betul dan tidak mengikuti sistem pemakanan yang betul, kegiatan fizikal yang aktif sekalipun tidak akan memberikan kesan yang maksimum untuk meningkatkan metabolisma tubuh. Sebaliknya, jika kita makan dengan betul mengikut sistem pemakanan yang betul, kita mampu menurunkan berat badan dengan berkesan dan cepat tanpa perlu kegiatan fizikal yang terlalu banyak.

Dan di dalam dunia kita yang semakin sibuk dengan rutin harian, sememangnya semakin kurang masa atau peluang untuk kita melakukan kegiatan fizikal. Jadi, bukankah lebih baik untuk memastikan kita makan dengan betul bagi mendapatkan hasil yang lebih positif? Saya pasti anda akan setuju.

Tambahan pula, KEBANYAKAN bahan makanan yang kita makan lebih membawa penyakit jika dibandingkan dengan khasiat untuk kesihatan. Cuba anda fikirkan, apa yang anda makan sepanjang hari?

Bermula dari sarapan, roti canai dan nasi lemak sudah tentunya menjadi pilihan utama. Bukankah ianya dipenuhi dengan minyak dan lemak santan? Bagaimana pula dengan minuman teh tarik? Bukankah susu pekat itu tinggi kandungan gulanya? Kuih-muih? Tentu anda sendiri dapat membayangkannya.

“Lunch hour” pula lazimnya dinikmati di kedai makan, warung atau restoran mamak pilihan ramai ;). Lauk-pauk yang disediakan kebiasaannya penuh dengan lemak daripada minyak dan santan. Bukan itu sahaja, nasi putih itu sendiri akan bertukar menjadi gula kompleks yang akan membentuk lemak di dalam tubuh jika kita kurang beriadah. Adakah cukup masa untuk kita beriadah di dalam kesibukan rutin harian kita?

Bagaimana pula menu makanan petang dan makan malam kita? Saya yakin tentu anda sendiri dapat membayangkan betapa kita sering menjamu tubuh kita dengan “penyakit” tanpa kita sedari.

Itulah antara sebab utama mengapa masih ramai yang gagal menurunkan berat badan walaupun telah mencuba berbagai cara yang ada. Kegagalan ini berpunca kerana kita tidak mempertingkatkan kadar metabolisma tubuh kita supaya ia bertindak sebagai "dapur" pembakar lemak yang aktif. Untuk mengetahui bagaimana anda boleh menguruskan badan dengan segera dengan meningkatkan kadar metabolisma tubuh secara semulajadi, sila baca artikel ini.

Comments (0)

Post a Comment