Makan Lebih Untuk Menguruskan Badan?

Category:


Percaya atau tidak, salah satu cara berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh kita agar dapat menguruskan badan dengan lebih cepat ialah dengan MAKAN LEBIH! Anda mungkin ingat saya bergurau, tetapi itulah kenyataannya. Namun, bila saya katakan makan lebih, bukan bermakna kita boleh "belasah" sahaja apa yang ada di atas meja atau di dalam peti ais kita. Keterangan selanjutnya di bawah.

Pertama, mengapa saya katakan "makan lebih". Masih ramai yang beranggapan bahawa kurang makan adalah lebih berkesan untuk menguruskan badan. Ini adalah SALAH! Kenyataan sebenarnya, membiarkan perut anda kosong dalam satu jangkamasa yang lama akan menyebabkan tubuh anda mengalami SUSUT NUTRISI (nutrient deficiency). Apabila ini berlaku, kadar metabolisma semulajadi tubuh anda akan menjadi perlahan.

Akibatnya, "dapur" pembakar lemak semulajadi tubuh anda akan menjadi tidak aktif dan ini akan melambatkan proses penurunan berat badan.

Seperkara lagi, secara jujurnya jarang ada yang dapat menahan lapar terlalu lama. Lazimnya apabila sudah tidak mampu menahan lapar, makanan yang sedap-sedaplah yang akan menjadi pilihan untuk memuaskan selera. Dan kebiasaannya, makanan yang sedap-sedap ini lebih banyak membawa "penyakit" daripada kebaikan.

Cuba anda bayangkan, jika anda terlalu lapar, yang manakah akan menjadi pilihan, burger daging disalut telur atau semangkuk kecil sup sayur? Saya rasa tentu jawapannya burger daging kerana ianya lebih menyelerakan walaupun dipenuhi pelbagai jenis lemak merbahaya. Oleh itu, elakkan keadaan ini dengan memastikan anda makan makanan yang betul pada masa yang betul sebelum rasa lapar menguasai diri.

Mengambil makanan yang betul pada masa yang betul juga akan membolehkan hati dan tisu otot kita menyimpan bekalan glikogen secara efektif. Ini akan menyebabkan metabolisma tubuh kita bekerja dengan betul dan efisyen sepanjang hari. Oleh itu, usaha anda untuk menguruskan badan akan menjadi lebih cepat.

Apakah makanan yang betul? Apa pula jadual makan yang betul? Mampukah kita menyediakan makanan yang betul untuk menepati jadual makan yang betul secara konsisten?

Ikuti artikel yang berikut untuk mendapatkan jawapannya.

Comments (0)

Post a Comment