Seperti yang telah kita bincangkan dalam artikel sebelum ini, kadar metabolisma yang tinggi sangat penting untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Dan untuk mendapatkan kadar metabolisma semulajadi tubuh yang tinggi, kita perlu makan "makanan yang betul" mengikut jadual yang betul.
Pertama, mari kita lihat apakah "makanan yang betul"...
Makanan yang betul adalah makanan yang mengandungi "negatif kalori". Walaupun sebenarnya tidak ada makanan yang mengandungi kadar kalori negatif, terdapat beberapa jenis makanan berkalori rendah yang akan "memaksa" sistem penghadaman tubuh kita menggunakan lebih banyak kalori untuk menghadamkannya. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya "negatif kalori".
Satu contoh makanan rendah kalori yang baik adalah sayur broccoli, yang mengandungi hanya 25 kalori. Walaupun kandungan kalorinya rendah, sistem penghadaman tubuh memerlukan 80 kalori untuk menghadamkannya. Ini menyebabkan tubuh kita kehilangan lebihan 55 kalori!
Oleh itu, kaedah yang paling efektif dan cepat untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet makanan negatif kalori. Makanan negatif kalori berupaya meningkatkan kadar metabolisma semulajadi tubuh yang akan membakar lebih banyak lemak sepanjang masa tanpa perlu melakukan kegiatan aktif yang banyak.
Di bawah ini adalah beberapa makanan yang sesuai diamalkan dalam diet "negatif kalori":
- Susu rendah lemak
- Makanan bijirin (whole-grain cereal)
- Oatmeal
- Ikan salmon, tuna dan sardin
- Teh hijau dan kopi
- Dada ayam dan bahagian daging tanpa lemak
Untuk memastikan metabolisma tubuh anda kekal aktif dan membakar lemak sepanjang hari, di bawah ini disediakan beberapa tip tentang pemakanan yang boleh anda lakukan;
- Makan makanan yang betul dalam kuantiti yang kecil dengan lebih kerap sepanjang hari. Jarak masa yang terbaik adalah dalam anggaran 3 jam di antara setiap hidangan. Ini akan memastikan kadar metabolisma tubuh sentiasa tinggi untuk jangkamasa yang lebih lama.
- Metabolisma tubuh juga boleh ditingkatkan dengan mengambil makanan yang berprotein tinggi seperti produk tenusu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, sayuran hijau dan makanan yang tinggi kandungan serat (fiber). Dan pastikan anda minum 2 liter air kosong sepanjang hari.
- Pastikan anda makan makanan yang mengandungi aktioksidan untuk meningkatkan lagi kadar metabolisma tubuh. Salah satu contoh yang baik adalah teh hijau.
Walaupun kita menyedari bahawa pemakanan yang betul dalam jadual yang betul akan dapat membantu usaha menurunkan berat badan dengan cepat, dapatkah kita menyediakan makanan yang betul sepanjang masa? Dapatkah pula kita menepati jadual pemakanan yang lebih kerap sepanjang hari secara konsisten, terutama bagi mereka yang terikat dengan jadual kerja dan rutin harian yang sibuk?
Untuk menghurai persoalan di atas, anda boleh dapatkan keterangan lanjut di dalam artikel ini.
Comments (0)
Post a Comment