Menguruskan Badan Dengan Cepat - 11 Kaedah Pemakanan Yang Efektif

0

Category:

Anda telah mencuba berbagai cara untuk menguruskan badan dengan cepat tapi masih tidak berjaya? Jangan berputus asa. Lakukan 11 kaedah pemakanan yang efektif ini dan anda pasti akan melihat hasil yang diharapkan.

Dengan melaksanakan 11 perkara penting ini, bukan sahaja anda akan berjaya menguruskan badan dengan cepat, malah anda akan dapat mengelakkan berat badan anda naik semula.

Dan yang paling menarik, apa yang bakal anda baca di bawah ini adalah sesuai untuk anda yang baru bermula untuk menguruskan badan atau bagi mereka yang ingin mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan yang sedang dilakukan.

1. Makan Lima atau Enam Hidangan Kecil Sehari
Kebanyakan orang beranggapan bahawa adalah lebih mudah menurunkan berat badan dengan mengurangkan makan, iaitu dengan makan hanya dua atau tiga hidangan yang besar tanpa makan apa-apa diantara waktunya. Walaupun anda mungkin dapat mengurangkan sedikit berat badan dengan cara ini, anda sebenarnya tidak melatih tubuh anda untuk membakar lemak secara efisyen. Pembakaran lemak secara efisyen merupakan kunci kepada kejayaan menurunkan berat badan dengan segera dan menghalang kegemukan semula.

Dengan pengambilan hidangan yang kecil dan berkhasiat setiap dua atau tiga jam, metabolisma tubuh anda akan menerima bekalan nutrisi yang secukupnya. Ini akan memastikan tubuh anda membakar lemak dengan efisyen secara konsisten sepanjang hari dan menyingkirkannya secara berkekalan.

2. Jangan Jadikan Rasa Lapar Sebagai Panduan
Rasa lapar sebenarnya adalah tanda tubuh anda kekurangan nutrisi penting yang perlu untuk mengekalkan kadar metabolisma yang tinggi bagi membakar lemak secara konsisten. Elakkan berlakunya susut nutrisi dengan mengambil makanan berkhasiat sebelum timbulnya rasa lapar.

3. Pastikan Bekalan Protein Yang Mencukupi
Berapakah kadar protein yang dikatakan cukup bagi seseorang? Apa yang tubuh anda perlukan adalah tidak sama dengan tubuh seorang atlit yang aktif. Cara terbaik untuk mengetahui kadar protein yang mencukupi, anda perlu memastikan terlebih dahulu bertapakah berat badan terbaik yang ingin anda capai.

Contohnya, jika 60 kg ialah sasaran anda, darab nombor berkenaan dengan 0.8 gram. Oleh itu, kadar protein yang terbaik untuk anda setiap hari adalah 48 gram. Maka, jika anda makan sebanyak lima kali sehari, pastikan setiap hidangan anda mengandungi 9 gram protein.

4. Pastikan Setiap Hidangan Anda Mengandungi Protein
Protein adalah nutrisi yang paling baik untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Ia juga membina otot, dan dengan lebih banyak otot yang anda miliki, lebih efisyen tubuh anda membakar lemak.

5. Ubah Kadar Pengambilan Protein
Gunakan kiraan kadar protein untuk tubuh anda di atas bagi menganggarkan pengambilannya untuk sebulan. Kemudian lakukan perubahan mengikut keadaan. Jika anda merasakan penurunan berat badan anda tidak berganjak, tingkatkan sedikit kadar pengambilan protein.

6. Pelbagaikan Bekalan Karbohidrat
Sistem pembakaran lemak tubuh anda akan lebih efisyen jika anda pelbagaikan bekalan karbohidrat anda. Kentang, beras perang, mee dan sayuran adalah sumber bekalan yang baik. Tetapi, elakkan pengambilan karbohidrat yang terlalu banyak.

7. Sesuaikan Kadar Pengambilan Karbohidrat
Lazimnya, apabila anda telah mengenalpasti kadar pengambilan karbohidrat harian yang sesuai untuk tubuh anda, anda akan mengambilnya pada kadar yang sama setiap kali anda makan. Tetapi lama kelamaan tubuh anda akan mencapai tahap homeostasis, iaitu tubuh anda akan terbiasa dengan kadar ini menyebabkan keberkesanannya membekalkan tenaga semakin berkurangan. Untuk terus membakar lemak secara aktif, anda perlu mengubah kadar pengambilan karbohidrat harian anda kepada kadar yang bersesuaian dengan keadaan.

8. Tukar Kadar Pengambilan Karbohidrat Secara Mengejut
Satu cara lagi untuk mengaktifkan sistem pembakaran lemak tubuh anda ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat kepada 125 gram selama 2 hari setiap dua atau tiga minggu sekali. Ini akan membuatkan tubuh anda keluar dari rentak homeostatik yang dialaminya. Dan proses ini akan meningkatkan lagi proses metabolisma tubuh anda.

9. Minum air kosong dengan banyak
Air memainkan peranan penting dalam proses pencernaan protein dan karbohidrat. Ia juga melancarkan proses penyingkiran lemak yang dipanggil hydrolisis. Jangan tunggu sehingga anda merasa dahaga. Dahaga adalah tanda awal kepada kekeringan dalaman, dan juga tanda bahawa anda sudah terlambat.

10. Mulakan Hari Anda Dengan Betul
Hidangan pertama harian anda perlu mengandungi kandungan karbohidrat yang tertinggi di dalam sukatan kadar pengambilan karbohidrat harian anda. Bekalan glikogen tubuh anda adalah kurang semasa anda bangun daripada tidur. Mengambil bekalan karbohidrat yang secukupnya seawal mungkin adalah penting untuk mental dan fizikal anda berfungsi dengan baik. Ia juga akan meningkatkan kadar pembakaran lemak semulajadi tubuh anda.

11. Akhiri Hari Anda Dengan Hidangan Ringan
Sebaiknya, lebihkan protein dalam hidangan terakhir harian anda berbanding karbohidrat yang lambat untuk dicernakan. Biasakan makan ikan sebagai makanan akhir kerana ia baik untuk membekalkan asid amino buat tubuh anda.

Jika anda tercari-cari makanan kesihatan alternatif yang boleh memberikan hasil yang berkesan dari segi sistem pemakanan yang betul, Jus Mate 5 merupakan satu cadangan yang amat baik. Ia telah terbukti amat berkesan membantu ramai menguruskan badan dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membacanya di sini.

5 Strategi Untuk Menguruskan Badan Dengan Cepat

0

Category:

Jika selama ini anda masih gagal dalam usaha anda untuk menguruskan badan dengan cepat, cuba 5 strategi ini untuk mula melihat hasil yang anda impikan.


1- Makan dengan "betul"
Makan dengan "betul" bermakna elakkan diet yang terlalu menghitung kalori dan terlalu menyekat pemakanan anda. Sebaliknya, amalkan diet yang seimbang dari segi nutrisi yang dapat memenuhi keperluan tanaga harian dan matlamat anda untuk menurunkan berat badan.

Di bawah ini adalah beberapa panduan asas yang boleh anda mulakan:

  • Makan dengan lebih kerap tetapi dalam hidangan yang kecil, 3-4 jam sekali
  • Makan protein dan serat karbohidrat dalam setiap hidangan
  • Elakkan pengambilan gula berlebihan
  • Elakkan mengambil makanan yang berasaskan tepung seperti roti, mee, biskut, kek dan sebagainya.
  • Ambil makanan yang mengandungi pelbagai vitamin secara konsisten
  • Makan 3-6 gram minyak ikan setiap hari
  • Lebihkan minum teh hijau
  • Lebihkan minum air kosong

Sekiranya anda dapati sukar untuk menyediakan hidangan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, apa kata anda cuba Jus Mate 5 sebagai alternatif. Ramuan formulasinya mengandungi pelbagai nutrisi yang memenuhi keperluan tubuh disamping mampu membuatkan anda sentiasa berasa kenyang. Ini akan dapat mengelakkan anda daripada makan makanan yang tidak berkhasiat.

2- Lakukan senaman yang boleh membakar lemak dengan efektif
Senaman yang efektif membakar lemak ialah senaman yang melibatkan otot-otot besar di dalam tubuh. Untuk keterangan lengkap tentang senaman yang efektif ini, anda boleh membacanya di sini.

3- Utamakan pembinaan otot
Satu perkara penting yang perlu anda sedar ialah untuk menguruskan badan dengan cepat, anda perlu membina otot kerana otot yang aktif akan membakar lebih kalori sepanjang hari. Cara terbaik untuk membina otot ialah dengan melakukan senaman angkat berat atau senaman yang melibatkan banyak rintangan.

4- Tetapkan matlamat yang realistik
Ini akan membantu anda kekal bersemangat dalam usaha mencapai kejayaan yang anda inginkan. Tanpanya, anda akan mudah mengalah sebelum mencapai matlamat. Anda perlu menetapkan tempoh masa yang tertentu untuk mencapai "target" yang tertentu, contohnya menurunkan 2 kg pada minggu pertama dan 2 kg lagi di minggu kedua. Dengan itu, mudah untuk anda memantau perkembangan dan hasil yang diinginkan secara konsisten.

5- Dapatkan bantuan yang bersesuaian
Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai satu persamaan; mereka memilih untuk mendapatkan bantuan. Bantuan ini mungkin seorang jurulatih peribadi yang dapat menyediakan rutin latihan yang berkesan atau bahan makanan kesihatan alternatif yang dapat membantu usaha menguruskan badan dengan cepat melalui sistem pemakanan yang betul.

Jika anda tercari-cari makanan kesihatan alternatif yang boleh memberikan hasil yang berkesan dari segi sistem pemakanan yang betul, Jus Mate 5 merupakan satu cadangan yang amat baik. Ia telah terbukti amat berkesan membantu ramai menguruskan badan dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membacanya di sini.

Jus Mate 5 - Revolusi Makanan Kesihatan Yang Terunggul Hari Ini

0

Category:


Memang tidak dapat dinafikan, agak sukar untuk kita menyediakan makanan yang “betul” untuk menjaga kesihatan kita hari ni, apatah lagi menepati jadual pemakanan yang sepatutnya. Kesibukan rutin harian dalam kehidupan yang mencabar hari ini menyebabkan kita semakin mengabaikan kesihatan kita tanpa disedari.

Namun kita TETAP PERLU memastikan bahawa kesihatan kita sentiasa terjaga. Oleh sebab itu, kita perlu mencari alternatif yang dapat menepati sistem pemakanan yang betul, terutama dalam dunia yang semakin sibuk hari ini.

Antara bahan makanan terbaik yang dapat menyediakan sistem pemakanan yang betul adalah Jus Mate 5 keluaran Herba Prima Sdn. Bhd.

Gabungan bahan makanan yang terkandung di dalam Jus Mate 5 telah terbukti berupaya membekalkan apa yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga. Formulasi produk ini dapat mengaktifkan kadar metabolisma tubuh dengan efektif, menyebabkan tubuh kita “bekerja” dengan teratur. Ini amat penting bagi memastikan kesihatan yang terpelihara untuk jangkamasa yang lama.

Dihasilkan dalam bentuk serbuk halus, amat MUDAH untuk kita mengambilnya walau di mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Tidak perlu lagi kita bersusah payah untuk menyediakan makanan yang “betul”.

Apa yang paling menarik, revolusi baru dalam penghasilan formula Jus Mate 5 ini dapat memberikan kita rasa kenyang yang berpanjangan. Kesannya, kita tidak perlu lagi berasa risau untuk menepati jadual pemakanan yang betul.

Selain daripada itu, kesan daripada rasa kenyang berpanjangan ini juga akan menghindarkan kita daripada makan makanan yang tidak sepatutnya. Memandangkan kebanyakan makanan yang sedia ada hari ini lebih kepada “mengundang” penyakit, ini merupakan sesuatu yang amat baik untuk penjagaan kesihatan diri kita.

Hari ini, produk Jus Mate 5 semakin dikenali ramai kerana bukan sahaja ia baik untuk kesihatan, malah ia mampu membantu menurunkan berat badan dengan segera. Ini kerana ketepatan rumusan formulanya yang menghasilkan tindakbalas efektif terhadap 5 faktor penting di dalam proses penurunan berat badan iaitu:

  • Mengawal selera makan
  • Menghalang pembentukkan lemak
  • Mengurangkan pengambilan gula
  • Meningkatkan kadar metabolisma
  • Menukarkan kabohidrat kepada tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan dan bahan-bahan yang terkandung di dalam produk berkualiti tinggi ini, anda boleh membacanya di SINI.

Senaman Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisma Tubuh

0

Category:


Senaman yang dapat menjana keaktifan metabolisma tubuh ialah senaman yang melibatkan penggunaan otot-otot tubuh yang besar. Apabila metabolisma tubuh kita aktif, anda akan dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

Otot tubuh yang besar adalah:

  • Peha
  • Dada
  • Belakang badan

Sebelum kita perhatikan jenis senaman yang menggunakan otot-otot besar, adalah lebih baik kita ketahui mengapa kita perlu lebih menggunakan otot-otot ini.

Aktiviti senaman akan membuatkan otot-otot kita bergerak melebihi pergerakan harian yang biasa. Ini bermakna, otot akan melakukan lebih “kerja”.

Untuk menampung “kerja” dengan aktif, otot akan membakar karbohidrat dalam tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga. Karbohidrat adalah bahan makanan yang akan bertukar menjadi gula dan terkumpul sebagai lemak jika tidak digunakan dengan aktif. Ini adalah merbahaya.

Oleh itu, dengan lebih pembakaran karbohidrat, kita akan dapat menyingkirkan lebih banyak lemak. Dan dengan menggunakan otot-otot yang besar, lebih banyak karbohidrat yang akan digunakan. Ini akan menyebabkan lebih banyak lemak akan dapat disingkirkan.

Setelah otot-otot kita selesai melakukan “kerja” berat, ia perlukan kalori yang secukupnya untuk pulih kembali seperti sedia kala. Oleh itu, otot akan terus membakar kalori daripada tubuh semasa ia rehat. Proses pembakaran kalori ini akan membolehkan kita terus berjaya menurunkan berat badan sepanjang masa.

Dengan itu, lebih besar otot yang digunakan, proses pembakaran kalori atau metabolisma tubuh akan bekerja dengan lebih aktif.

Rutin Senaman Yang Berkesan

Peringatan: Sebelum memulakan apa jua gerak senaman, pastikan anda melakukan pemanasan badan sekurang-kurangnya selama 10 minit. Gerakan pemanasan yang boleh dilakukan adalah seperti berlari setempat atau melompat setempat secara perlahan.

1- Half Squat - Separa Menyangkung
Senaman ini merupakan salah satu gerak senaman menggunakan otot besar yang amat efektif untuk meningkatkan metabolisma tubuh.



Cara Melakukan
  • Berdiri tegak dengan kaki dibuka selari dengan keluasan bahu.
  • Tarik nafas dan mula menyangkung sambil memastikan badan sentiasa tegak. Boleh juga meluruskan tangan ke hadapan untuk mengimbangi badan.
  • Apabila peha berada pada sudut 45 darjah (selari dengan lantai), berhenti seketika dan berdiri tegak semula sambil menghembus nafas. Tumpukan perhatian kepada menggunakan otot peha ketika menolak badan untuk berdiri semula.

Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot pulih daripada “kerja” berat yang dilakukan.

2-Push Up – Tekan Tubi
Senaman yang menggunakan otot dada secara efektif ini sememangnya sudah dikenali ramai.



Cara Melakukan
  • Lakukan posisi meniarap dengan kedua tangan dibuka pada keluasan bahu dan lurus menekan lantai menggunakan tapak tangan. Pastikan belakang tubuh anda dalam keadaan lurus.
  • Tarik nafas dan mula turunkan badan anda menuju lantai. Pastikan belakang badan anda sentiasa tegak semasa menurun. Pastikan juga tapak tangan berada pada di paras dada semasa badan anda hampir sampai ke lantai.
  • Berhenti apabila badan anda hampir mencecah lantai. Hembus nafas sambil menolak semula badan anda ke posisi permulaan. Tumpukan perhatian kepada menggunakan otot dada untuk melakukan penolakan.

Lakukan gerakan ini sebanyak 10-15 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.




Tip: Jika anda tidak biasa melakukan senaman ini, anda boleh bermula dengan melakukan posisi meniarap hanya sekadar lutut sahaja. Ini akan mengurangkan tekanan untuk membolehkan anda berjaya melakukan senaman ini. Apabila anda sudah semakin kuat, bolehlah melakukan posisi meniarap sepenuhnya.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.

3- Chin Up
Senaman ini akan menggunakan otot belakang badan anda dengan efektif. Berikan lebih tumpuan kepada menggunakan otot belakang semasa melakukan senaman ini.



Cara Melakukan
  • Anda perlu bergayut pada sebuah palang menegak yang mampu menampung berat badan anda. Pastikan badan anda tergantung sepenuhnya dengan tangan anda berada dalam keadaan lurus. Tapak tangan anda boleh menggenggam ke arah belakang atau ke hadapan.
  • Tarik nafas dan tarik badan anda ke atas menuju palang. Tarik sehingga dagu anda melepasi palang. Tumpukan perhatian kepada lebih menggunakan otot belakang anda semasa menarik.
  • Sebaik sahaja dagu anda melepas palang, turun semula dengan perlahan sambil menghembus keluar nafas sehingga badan anda tegak semula.

Lakukan gerakan ini sebanyak 8-10 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.

Tip: Untuk memudahkan gerakan ini pada peringkat permulaan, anda boleh tampung berat badan anda dengan meletakkan sebelah kaki di atas kerusi ketika badan anda dalam keadaan tergantung. Semasa anda menarik badan ke atas, tolak sedikit menggunakan sebelah kaki berkenaan.

Cuba beri tumpuan kepada lebih menggunakan otot belakang semasa menarik dan hanya menggunakan sedikit tolakan kaki anda sebagai bantuan.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.



Gerakan-gerakan senaman yang dinyatakan di atas sememangnya agak sukar dilakukan sekiranya anda tidak biasa bersenam. Tetapi lazimnya kesukaran ini hanya di peringkat permulaan sahaja. Apabila anda sudah semakin kuat, anda pasti akan dapat melakukannya dengan lebih mudah.

Gerak Senaman Untuk Hasil Yang Maksima

Apabila anda sudah semakin kuat, anda boleh meningkatkan lagi tahap kesukaran latihan ini. Ini akan meningkatkan lagi kadar metabolisma tubuh anda, kerana anda akan memberi lebih banyak tekanan terhadap otot-otot anda.

Gerakan ini dikenali sebagai “superset”. Ia dilakukan dengan menggabungkan 2 jenis senaman di dalam satu set.

Cara Melakukan
  • Lakukan senaman Half Squat/Separa Menyangkung sebanyak 20 kali. Kemudian dengan tanpa rehat, terus lakukan senaman Push Up/Tekan Tubi sebanyak 20 kali. Ini adalah set pertama.
  • Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua dengan melakukan gabungan gerak senaman yang sama. Lakukan sebanyak 3/4 set.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.

Apa yang dinyatakan di atas adalah asas kepada gerak senaman yang menggunakan otot-otot besar anda. Jika sebelum ini anda tidak biasa bersenam atau kurang melakukan senaman yang agak berat, lakukanlah mengikut kadar kemampuan anda.

Yang penting, anda mesti bermula. Walaupun anda hanya mampu melakukan sebanyak 5 kali bagi setiap gerak senaman, ia adalah lebih baik daripada tidak melakukannya sama sekali.

Jangan paksa diri anda. Bermula pada kadar yang selesa buat diri anda dan tingkatkan kekuatan tubuh anda dari masa ke semasa.

Bagaimana Mengempiskan Perut Yang Buncit

0

Category:


Perut buncit boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Ia merupakan salah satu masalah yang agak sukar diatasi, sama ada bagi lelaki mahupun perempuan.

Namun jika dilakukan dengan betul, sesiapa sahaja akan dapat mengempiskan perut dalam masa yang singkat.

Punca sebenar mengapa masih ramai gagal mengatasi masalah perut buncit ialah kerana salah faham mengenai proses sebenar yang dapat menyingkirkan lemak yang akan menurunkan berat badan dan jenis senaman yang sepatutnya dilakukan.

Perut buncit terjadi kerana banyak lemak terkumpul di bahagian pertengahan tubuh. Jadi, tentunya cara terbaik ialah dengan menghilangkan lemak berlebihan itu. Namun, satu perkara yang perlu kita fahami ialah kita tidak akan boleh menyingkirkan lemak hanya pada satu-satu bahagian tertentu sahaja.

Contohnya, kita tidak mungkin akan dapat menghilangkan lemak hanya pada bahagian perut sahaja. Lemak berlebihan hanya boleh dikurangkan melalui pembakaran secara semulajadi yang berlaku pada seluruh bahagian tubuh secara berperingkat-peringkat.

Cuba anda perhatikan bagaimana keadaannya apabila berat badan seseorang itu bertambah, atau apabila seseorang mula menjadi gemuk. Adakah hanya di bahagian perut sahaja yang “naik” atau keseluruhan tubuhnya akan kelihatan “naik”?

Cuma bahagian perut yang akan kelihatan lebih ketara kerana otot-otot di bahagian perut sangat kurang digunakan dalam pergerakan harian kita.

Begitu jugalah keadaannya apabila ingin menghilangkan perut buncit. Kita perlu menyingkirkan keseluruhan lemak berlebihan di dalam tubuh untuk mendapatkan hasilnya. Dan cara yang terbaik ialah dengan meningkatkan kadar metabolisma tubuh.

Metabolisma tubuh boleh ditingkatkan dengan 2 cara utama iaitu melalui pemakanan yang betul dan senaman. Mari kita lihat huraian mengenai setiap satu cara utama ini.

Pemakanan Yang Betul

Sistem pemakanan yang betul adalah JAUH LEBIH PENTING berbanding senaman untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Ini kerana keaktifan proses metabolisma diransang oleh enzim-enzim yang sedia ada secara semulajadi didalam tubuh. Dan segala enzim ini terbentuk daripada apa yang kita makan setiap hari.

Untuk mendapatkan keterangan terperinci mengenai system pemakanan yang betul, anda boleh baca selanjutnya di sini.


Senaman

Senaman akan menjana proses metabolisma semulajadi tubuh. Namun, jika sistem pemakanan kita betul, hanya sedikit aktiviti senaman diperlukan untuk proses metabolisma tubuh bekerja membakar lemak dengan efisyen sepanjang masa.

Senaman atau aktiviti fizikal akan menyebabkan otot-otot tubuh kita bergerak aktif. Otot merupakan bahagian tubuh yang menyimpan glikogen, salah satu bahan semula jadi tubuh yang meransang peningkatan kadar metabolisma.

Oleh itu, untuk memastikan kadar metabolisma tubuh kita sentiasa tinggi sepanjang masa, senaman yang dilakukan perlu tertumpu pada bahagian yang memiliki otot-otot yang besar seperti peha, dada dan bahagian belakang tubuh.



Masih ramai yang beranggapan senaman seperti “sit up” dan “crunches” akan dapat mengempiskan perut. Sebenarnya, senaman ini TIDAK AKAN mengempiskan perut. Ia hanya akan menguatkan dan menimbulkan bentuk otot-otot abdomen setelah lapisan lemak yang menyeliputinya berjaya disingkirkan.

Untuk memperolehi hasil yang maksima dalam usaha mengempiskan perut, lakukan aktiviti senaman yang banyak menggunakan otot-otot besar. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh yang akan membakar lemak secara keseluruhan. Kemudian, tambah rutin senaman dengan aktiviti “sit up” dan “crunches” agar bahagian perut akan kelihatan lebih kemas menarik.

Anda boleh mendapatkan butiran terperinci mengenai cara melakukan senaman yang betul di sini.

Bagaimana Untuk Konsisten Dalam Usaha Menurunkan Berat Badan

0

Category:




Sebagaimana yang telah kita ketahui, pemakanan yang betul amat penting jika kita ingin berjaya dalam usaha menurunkan berat badan dengan segera. Namun, persoalannya, MAMPUKAH kita menyediakan "makanan yang betul" sepanjang masa dan MAMPUKAH kita menepati jadual pemakanan yang berkesan, iaitu makan dalam anggaran setiap 3 jam? Dapatkah kita melakukan semua ini secara KONSISTEN setiap hari dalam menghadapi rutin harian yang sibuk?

Sememangnya BUKAN MUDAH untuk menyediakan "makanan yang betul" dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul sambil melaksanakan rutin harian yang sibuk. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai GAGAL menurunkan berat badan. Maklumlah, keadaan hidup hari ini yang semakin sibuk dengan tugas harian sering menjadi penghalang untuk kita melaksanakannya.

Namun, kita sebenarnya mempunyai alternatif lain yang bukan saja berupaya memberi hasil yang positif, malah dengan lebih berkesan!

Bahan makanan alternatif yang amat berkesan ini mengandungi gabungan bahan yang dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh secara semulajadi. Ini akan membolehkan tubuh kita membakar lemak dengan lebih efektif sepanjang masa. Yang paling menarik, ianya AMAT SENANG disediakan walaupun kita sentiasa dalam keadaan sibuk.

Bahan makanan ini juga berupaya membuatkan kita rasa kenyang sepanjang masa. Ia mengandungi gabungan bahan yang amat menepati keperluan tubuh dan berupaya mengaktifkan metabolisma tubuh agar bekerja secara efisyen sepanjang hari tanpa perlu untuk kita makan dengan lebih kerap. Disamping itu, terdapat juga program diet yang telah terbukti amat berkesan dan sesuai digunakan bersama bahan makanan alternatif yang berkesan ini.

Sejauh mana bahan makanan alternatif ini berkesan untuk membantu anda menurunkan berat badan? Anda boleh lihat sendiri kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh gadis manis di bawah ini.


Jika dilihat daripada foto "sebelum" beliau, adakah gadis ini kelihatan seperti seorang yang mampu melakukan kegiatan fizikal yang aktif seperti bersenam secara konsisten sehingga berupaya menurunkan berat badan dengan begitu banyak?

Ini jelas menunjukkan bahawa PEMAKANAN YANG BETUL adalah jauh LEBIH PENTING dan perlu lebih diberi keutamaan sekiranya anda ingin berjaya menguruskan badan. Gadis di atas merupakan salah seorang dari ramai yang telah berjaya dengan hanya mengamalkan makanan alternatif yang dinyatakan di atas.

Dan yang lebih menakjubkan, beliau berjaya menurunkan LEBIH DARIPADA SEPARUH berat badan beliau dalam masa hanya 5 BULAN!

Untuk membaca kisah kejayaan beliau dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan artikel penuh di sini.

Makanan Yang Dapat Meningkatkan Metabolisma Tubuh

0

Category:


Seperti yang telah kita bincangkan dalam artikel sebelum ini, kadar metabolisma yang tinggi sangat penting untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Dan untuk mendapatkan kadar metabolisma semulajadi tubuh yang tinggi, kita perlu makan "makanan yang betul" mengikut jadual yang betul.

Pertama, mari kita lihat apakah "makanan yang betul"...

Makanan yang betul adalah makanan yang mengandungi "negatif kalori". Walaupun sebenarnya tidak ada makanan yang mengandungi kadar kalori negatif, terdapat beberapa jenis makanan berkalori rendah yang akan "memaksa" sistem penghadaman tubuh kita menggunakan lebih banyak kalori untuk menghadamkannya. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya "negatif kalori".

Satu contoh makanan rendah kalori yang baik adalah sayur broccoli, yang mengandungi hanya 25 kalori. Walaupun kandungan kalorinya rendah, sistem penghadaman tubuh memerlukan 80 kalori untuk menghadamkannya. Ini menyebabkan tubuh kita kehilangan lebihan 55 kalori!

Oleh itu, kaedah yang paling efektif dan cepat untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet makanan negatif kalori. Makanan negatif kalori berupaya meningkatkan kadar metabolisma semulajadi tubuh yang akan membakar lebih banyak lemak sepanjang masa tanpa perlu melakukan kegiatan aktif yang banyak.

Di bawah ini adalah beberapa makanan yang sesuai diamalkan dalam diet "negatif kalori":

  • Susu rendah lemak
  • Makanan bijirin (whole-grain cereal)
  • Oatmeal
  • Ikan salmon, tuna dan sardin
  • Teh hijau dan kopi
  • Dada ayam dan bahagian daging tanpa lemak

Untuk memastikan metabolisma tubuh anda kekal aktif dan membakar lemak sepanjang hari, di bawah ini disediakan beberapa tip tentang pemakanan yang boleh anda lakukan;

  • Makan makanan yang betul dalam kuantiti yang kecil dengan lebih kerap sepanjang hari. Jarak masa yang terbaik adalah dalam anggaran 3 jam di antara setiap hidangan. Ini akan memastikan kadar metabolisma tubuh sentiasa tinggi untuk jangkamasa yang lebih lama.

  • Metabolisma tubuh juga boleh ditingkatkan dengan mengambil makanan yang berprotein tinggi seperti produk tenusu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, sayuran hijau dan makanan yang tinggi kandungan serat (fiber). Dan pastikan anda minum 2 liter air kosong sepanjang hari.

  • Pastikan anda makan makanan yang mengandungi aktioksidan untuk meningkatkan lagi kadar metabolisma tubuh. Salah satu contoh yang baik adalah teh hijau.

Walaupun kita menyedari bahawa pemakanan yang betul dalam jadual yang betul akan dapat membantu usaha menurunkan berat badan dengan cepat, dapatkah kita menyediakan makanan yang betul sepanjang masa? Dapatkah pula kita menepati jadual pemakanan yang lebih kerap sepanjang hari secara konsisten, terutama bagi mereka yang terikat dengan jadual kerja dan rutin harian yang sibuk?

Untuk menghurai persoalan di atas, anda boleh dapatkan keterangan lanjut di dalam artikel ini.